Perjanjian ‘Aqabah yang Pertama
Seramai 6 orang dari Khazraj telah di utus untuk menyampaikan Syiar Islam kepada rakyatnya yang mendengar. Pada musim panas berikutnya, iaitu pada AD 621, 5 orang di antara mereka telah mengulangi ibadah Haji dengan membawa 7 yang lain termasuk dua dari Aws.
Perjanjian 'Aqabah yang Kedua
Umat Islam dari Yathrib, seramai tujuh puluh tiga lelaki dan dua perempuan, bertolak untuk melakukan Ibadah Haji dan berharap akan menemui Nabi S.A.W
Kabilah mereka di sertai para politeis dari Yathrib untuk menziarahi agama mereka di Mekah. Di-dalam perjalanan itu seorang Khazrajite terkenal, Abu Jabir 'Abdallah ibn' Amr - pemimpin dan seorang yang besar pengaruhnya, dari Bani Salimah telah memeluk agama Islam di lembah Mina.
Selepas Ibadah Haji, mereka bersepakat untuk bertemu dengan Nabi (saw) pada malam kedua secara rahsia, seperti 'Aqabah yang lalu.
Salah seorang dari mereka berkata: "Kami tidur pada malam itu dengan orang-orang kami di kabilah.Setelah berlalunya sepertiga malam, kami merangkak keluar dari antara yang tidur untuk menemui Rasulullah (saw). Kami berkumpul berdekatan dengan lembah Aqabah. Di sana kami menunggu sehingga Rasulullah (saw)sampai bersama pakciknya Abbas, pada masa itu Abbas masih dari agama umat-nya,yang hadir umtuk memastikan perjanjian ini boleh di percayai.
Setelah Rasulullah (saw) duduk Abbas berkata: 'Orang-orang dari Khazraj' - ini adalah adat kaum Arab untuk memberi ucapan - 'Kamu mengetahui nilai yang kamu pegang dan hormati Muhammad (saw), dan kami telah melindungi beliau dari kaum kerabat nya sehingga dihormati oleh mereka dan selamat di negaranya.
Namun Beliau memulang kepadamu dan menyertai dirinya dengan anda, jadi, jika kamu menyangka bahawa kamu akan teruskan perjanjian kamu dengan beliau, dan akan melindunginya terhadap segala yang akan menentang beliau, anda akan menanggung beban yang kamu telah berjanji. Tetapi jika kamu rasa kamu akan mengkhianatinya atau gagal setelah beliau ada dengan kamu, pergi dari sini sekarang juga. "
"Kami telah mendengar apa katamu, " mereka menjawab," tetapi bersabdalah, Wahai Rasulullah, dan memilih untuk dirimu sendiri dan untuk Tuhanmu apa yang kamu mengingini."
Setelah membaca ayat dari Al-Quran dan berdoa kepada Allah dan buat umat Islam, Nabi (saw) bersabda: "Perjanjian ini dengan bersyarat bahawa kamu berjanji kesetiaan kepada saya seakan ikatan anda untuk melindungi saya seperti kamu melindungi wanita dan anak-anak kami. "Bara' berdiri dan mengangkat tangannya dan berkata:" Demi Allah yang mengutus kamu dengan kebenaran, kita akan melindungi kamu seperti yang kita melindungi mereka. Jadi terimalah janji setia kami, "Wahai Rasulullah, kerana kita adalah ahli berperang dan memiliki senjata yang telah diwariskan dari ayah ke anak".
Seorang lelaki dari Aws kemudian berkata: "Wahai Rasulullah, kami ada hubungan dengan orang lain "-maksudnya orang-orang Yahudi-" dan kami bersedia untuk memutuskanya dari mereka. ? Tetapi, seandainya kita melakukan ini dan kemudian Allah memberi kemenangan kepadamu, adakah kamu akan kembali kepada kaum Mu dan meninggalkan kami." Tersenyum Nabi lalu bersabda:" Sebenarnya, aku adalah milikmu dan kamu milikku. Jika esiapa menentang kamu, saya akan menentang mereka. Jika sesiapa yang kamu berdamai, dengan mereka saya akan berdamai. "
Kemudian Baginda bersabda: "Pilihlah dua belas lelaki dari kaum mu sebagai pemimpin yang dapat menjaga hal urusan kamu." Dua belas pemimpin telah di lantik, sembilan dari Khazraj dan tiga dari Aws.Ini berdasarkan
62 orang lelaki dan 2 perempuan dari Khazraj sedangkan hanya 11 berasal dari Aws. As’ad dan Bara adalah diantara sembilan pemimpin Khazraj. Sa’d Ibn Muadh yang mengwakili Usaid adalah di antara tiga pemimpin dari Aws.